SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

31 October 2011

Kursus SPSK Fasa 2

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. JPNS terbukti masih komited melaksanakan SPSK kepada sekolah-sekolah di negeri Selangor khususnya dan ingin memperluaskan SPSK sehingga mencapai matlamat: semua sekolah di Selangor mengamalkan SPSK.

2. Untuk itu sebanyak 35 buah sekolah lagi di seluruh Selangor akan melaksanakan SPSK mulai tahun 2012 menjadikan 75 buah sekolah semuanya menjadi peneraju kepada SPSK di sekolah.

3. Kursus pendedahan SPSK kepada Pengetua/Guru Besar dan GPK Pentadbiran sekolah akan diadakan pada hari ini, 31 Okt 2011 hingga 2 Nov 2011 di Tower Regency Hotels & Apartment, Ipoh.

4. Bagi daerah Sabak Bernam, sekolah yang terlibat ialah SK Seri Makmur, SMK Sungai Besar, SMK Ungku Aziz dan SMK Tunku Abdul Rahman Putra.

5. Diharapkan semua wakil sekolah dapat mengaplikasikan SPSK di sekolah masing-masing dan memastikan pengurusan perkhidmatan pendidikan di sekolah setaraf dan diiktiraf antarabangsa.

Wassalam dan selamat berjaya.

Baca lagi...

05 October 2011

Status SPSK PPD Sabak Bernam


Baca lagi...

Laporan Keseluruhan Audit Dalam : SK Bagan Terap

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Dijemput dua orang wakil SK Bagan Terap (Wakil Pengurusan dan Ketua Juru Audit Sekolah) ke Unit Pengurusan Kualiti PPDSB pada 10 Oktober 2011 (Isnin) jam 9.00 pagi bagi menerima Laporan Keseluruhan Audit Dalam dan seterusnya membincangkan tindakan pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan hasil daripada penemuan audit.

Sekian, terima kasih.

Baca lagi...

04 October 2011

Audit Dalam ISO 9001:2008 SK Bagan Terap

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja, guru dan bukan guru di Sekolah Kebangsaan Bagan Terap kerana telah berjaya menjalani proses audit dengan jayanya.

Proses audit yang bermula pada pukul 9.30 pagi 3 Oktober 2011 mendapat kerjasama baik daripada kalangan warga sekolah terutamanya dari Guru Besar En. Megat Fauzi Ibrahim dan Wakil Pengurusan SPSK Pn. Noorhayati Hashim.

Audit berjalan dengan lancar dan hampir kesemua PK dapat disemak oleh pasukan juru audit PPDSB seramai 11 orang yang diketuai oleh Tn. Hj. Mokhtar Manijo, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah.

Diharapkan pengalaman baru ini digunakan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Terima kasih dan selamat maju jaya.

Baca lagi...