SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

26 July 2012

Tutorial 3: PK 07 - Pengurusan Mesyuarat

Assalamualaikum w.b.t, dan salam sejahtera.

1. Pada kesempatan kali ini, saya cuba menjelaskan prosedur Pengurusan Mesyuarat agar ia dapat melepasi objektif yang ditetapkan iaitu mesyuarat yang dikendalikan mengikut agenda yang ditetapkan dengan memtuhi PKPA Bil 2 Tahun 1991-Pengendalian Mesyuarat.

2.Semakan terhadap minit mesyuarat yang dikemukakan oleh pihak sekolah ke PPD menunjukkan semua mesyuarat dijalankan mengikut enam (6) agenda mesyuarat yang telah ditetapkan dalam PKPA berkaitan. Tahniah...


Baca lagi...

Sekitar Audit Dalam MS ISO 9001:2008 - JPNS-PPD Tahun 2012

Tarikh   : 25 dan 26 JULAI 2012
Skop Audit : Januari - Julai 2012
Bidang Audit : 1) Manual Kualiti
                       2) PKPS 01 - PKPS 10
                       3) PKP 01 - PKP 08
                       4) Komitmen Pengurusan
                       5) Infrastruktur



Baca lagi...

19 July 2012

Salam Ramadhan 1433H

Seluruh warga PPD Sabak Bernam mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak kepada seluruh warga pendidikan daerah Sabak Bernam.


Selamat beribadat...




SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK


Baca lagi...

Siri Pendedahan SPSK - SAM Pasir Panjang

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. SAM Pasir Panjang mengambil inisiatif mengadakan LADAP berkaitan pelaksanaan SPSK kepada semua guru dan kakitangan sekolah pada 18 Julai 2012. Sesi ini dilihat amat penting bagi memberi maklumat awal kepada pelaksana SPSK agar 'kebimbangan' tentang SPSK ini dapat dihapuskan.

2. Dapat disimpulkan di sini bahawa SAM Pasir Panjang komited dalam melaksanakan SPSK di sekolah dan amat mengharapkan bimbingan dari masa ke semasa. InsyaAllah bimbingan sentiasa akan diberikan berdasarkan keperluan sekolah.

3. Diharap semua warga SAM Pasir Panjang bersedia menerapkan SPSK dalam urusan seharian di sekolah dengan hati terbuka demi kecemerlangan anak didik secara amnya.

Tahniah kepada warga sekolah dan selamat maju jaya.
Baca lagi...

11 July 2012

Pra Audit PPDSB - Persediaan Audit SIRIM QAS Tahun 2012

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. PPDSB akan berhadapan dengan Audit Dalam buat kali ke dua tahun ini selepas Audit Dalam Dokumen Kualiti BPSH, KPM iaitu Audit Dalam SIRIM QAS pada 25 dan 26 Julai ini.

2. Bagi memastikan pematuhan terhadap semua proses kerja, pihak Unit Pengurusan Kualiti akan menjalankan Pra Audit mulai 16 hingga 20 Julai 2012.

3. Dengan adanya Pra Audit, pihak PPDSB dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelaksanaan pengurusan kualiti yang diamalkan dan seterusnya membuka ruang membuat tindakan pembetulan dan pencegahan bagi memantapkan sistem di organisasi, sesuai dengan kehendak Standard MS ISO 9001:2008 Klausa  8.5.1 (Penambahbaikan Berterusan).


Baca lagi...

09 July 2012

Sekitar Audit Dalam MS ISO 9001:2008 BPSH, KPM Tahun 2012

Tarikh Audt Dalam : 4 dan 5 Julai 2012
Auditor   : 1. Tajul Ariffly bin Mohd Ali ( PP Pengurusan Sekolah JPN Pahang)
                2. Kamarozaman bin Abd. Razak ( KU Pengurusan Akademik, PPD Rompin Pahang)
                3. Abd. Razak bin Abd Majid (KU Pengurusan Sekolah, PPD Rompin Pahang)
Prosedur Kerja : Kesemua 15 PK yang didaftarkan.

Tahniah kepada seluruh warga PPDSB yang telah berjaya mengharungi proses audit dengan cemerlang.

Tajul Ariffly (tengah) Bertindak Sebagai Ketua Juru Audit dan
dibantu oleh Abd. Razak Abdul Majid (kiri) dan Kamarozaman
Abd Razak (terlindung)

Baca lagi...