SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Maklumat Asas ISO

Apakah itu ISO? 
ISO merujuk kepada INTERNATIONAL ORGANISATION FOR STANDARDISATION.Organisasi ini adalah sebuah badan bersekutu yang menggabungkan  organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard di negara masing-masing.Ia ditubuhkan pada 27 Februari 1947 dan beribu pejabat di Geneva Switzerland. ISO 9000 kini digunakan di lebih 150 buah negara di dunia.

Apakah itu MS ISO 9000? 
ISO 9000 adalah satu standard bertulis yang menetapkan dan menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem kualiti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. 
Kualiti dalam ISO boleh ditakrifkan sebagai keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang dinyatakan dan tersirat mengikut kehendak pelanggan. 
Piawai ISO diperlukan untuk menghasilkan keseragaman dan kesetaraan keluaran dan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan, selamat, bersih dan berkualiti. 
ISO 9000       adalah standard bagi sistem kualiti. Ia bukan standard untuk produk atau perkhidmatan yang dihasilkan.
ISO 9000       berasaskan dokumentasi. - Dokumen apa yang dibuat, buat apa yang di dokumenkan dan buktikan.
ISO 9000       menekankan pencegahan dan penambahbaikkan secara berterusan.
ISO 9000       adalah satu standard universal. Ia hanya menerangkan apa yang diperlukan tetapi tidak menjelaskan bagaimana hendak membuatnya.
Sijil ISO 9000 diberikan apabila organisasi tersebut membuktikan proses yang dilaksanakan mengikut piawai yang telah ditetapkan. Ianya boleh ditarik balik jika sistem pengurusan kualiti tidak diamal dan dijadikan budaya kerja secara berterusan. Untuk tujuan tersebut, badan pengiktirafan akan membuat pemantauan dan pemeriksaan pada setiap tahun.

Mengapa Standard MS ISO 9001:2000 diganti dengan MS ISO 9001:2008? 
a.       Protokol ISO memerlukan standard dikaji semula setiap lima (5) tahun bagi memastikan kesesuaian semasa. Versi terakhir dikeluarkan pada tahun 2000.
b.       Persetujuan umum supaya penekanan bukan sahaja kepada persijilan tetapi juga proses penambahbaikan.
c.       Konsep penambahbaikan telah diinteget dalam standard versi tahun 2008.
d.       Versi 1994 lebih berorentasikan manufacturing. 20 elemen dalam versi 1994 sukar difahami/interpretasi.
e.       Dokumen versi 2000 lebih mesra pengguna (user friendly)
f.       Keperluan memantau kepuasan pelanggan.
g.      Versi 2008 hanya membuat penambahbaikan dari versi 2000.

Apakah ciri-ciri MS ISO 9000:2008? 
a.       Penambahbaikan berterusan.
b.       Penekanan yang lebih kepada peranan pengurusan atasan.
c.       Mengambil kira keperluan undang-undang dan peraturan.
d.       Objektif yang boleh diukur pada setiap peringkat dan fungsi yang berkaitan.
e.       Memastikan keberkesanan latihan.
f.       Analisa data bagi tujuan pengukuran pencapaian pelaksanaan sistem kualiti.
g.       Maklumat kepuasan/ketidakpuasan pencapaian sebagai pengukuran pencapaian objektif kualiti.

Apakah Keluarga ISO 9000?
Piawai ISO terdiri daripada ISO 9000:2008 yang merujuk kepada garis panduan am. Terdapat 4 'standard' di kategori ini iaitu
1.    ISO 9000:2000 merujuk kepada garis panduan am.
2.    ISO 9001:2008 merujuk kepada sistem pengurusan kualiti.
3.    ISO 9004:2000 merujuk kepada penambahbaikan pengurusan kualiti.
4.    ISO 19011:2000 merujuk kepada pengurusan kualiti dan Audit Persekitaran.
5. ISO 14000 yang merujuk kepada sistem pengurusan kualiti alam sekitar

Kenapa Pensijilan ISO perlu?
a.       Sistem Pengurusan Kualiti ISO memberi penekanan terhadap pencegahan dan bukan mengatasi masalah setelah ia berlaku;
b.       Kajian semula yang berterusan ke atas proses-proses yang kritikal dan membuat tindakan pembetulan;
c.       Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati prinsip betul pertama kali dan setiap kali;
d.       Perlaksaan tugas berdasarkan kepada prosedur yang didokumenkan; dan
e.       Mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk membuktikan tindakan yang telah dilaksanakan.

Apakah Faedah Pensijilan ISO? 
a.       Mengurangkan tindakan pembetulan yang diambil selepas berlakunya sesuatu masalah kerana kakitangan dibekalkan dengan prosedur-prosedur dan arahan kerja yang lengkap;
b.       Membolehkan organisasi mengenal pasti tugas-tugas yang patut dijalankan serta memperincikan langkah-langkah yang perlu di ambil;
c.       Memberi kaedah bagi mendokumenkan secara tersusun amalan pengurusan dan cara bekerja;
d.       Membolehkan kakitangan menjalankan tugas mereka dengan betul pada kali pertama dan seterusnya;
e.       Membolehkan pihak pengurusan membuat keputusan dengan lebih baik melalui maklumat penting hasil daripada audit dalaman, semakan pengurusan dan kawalan dokumen.

Apakah klausa-klausa berkaitan dengan MS ISO 9000:2008 
Klausa-klausa berkaitan ialah:
a.       Klausa 4       = Sistem Pengurusan Kualiti.
b.       Klausa 5       = Tanggungjawab Pengurusan.
c.       Klausa 6       = Pengurusan Sumber.
d.       Klausa 7       = Proses Penyampaian Perkhidmatan.
e.       Klausa 8       = Pengukuran, Penganalisaan dan Penambahbaikan

Apakah langkah-langkah pelaksanaan MS ISO 9000 dalam Perkhidmatan Awam? 
Langkah-Langkah pelaksanaan MS ISO 9000 dalam
Perkhidmatan Awam mengandungi lapan (8) aktiviti iaitu:
a.       Membina komitmen pengurusan atasan.
b.       Mengenal pasti proses utama bagi pelaksanaan.
c.       Memberi latihan kemahiran kepada Pasukan Pelaksana
d.       Menjalankan analisis jurang.
e.       Menyediakan dokumen-dokumen MS ISO 9001:2008
f.       Melatih kakitangan melaksanakan prosedur yang
didokumenkan.
g.       Melaksanakan MS ISO 9001:2008.
h.       Pengiktirafan dan Pensijilan.

Apakah Badan Pensijilan ISO 9000?
 








Baca lagi...